“Tak Sabar” Adalah lagu Baby Shima

Baby Shima menjelaskan lagu berjudul Tak Sabar yang dinyanyikan di Instagram miliknya pada Sabtu merupakan lagu nyanyiannya.

Menurut Shima, 24, lagu tersebut merupakan single pertama yang dirakam pada awal kemunculan sebagai penyanyi kira-kira lima tahun lalu.

Tak Sabar merupakan single pertama nyanyian saya yang dicipta oleh Edry Abd Halim dan muzik video lagu tersebut diterbitkan oleh KRU Music.

“Itu bukan lagu orang lain, itu lagu saya sendiri,” katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/21/baby-shima/